Taharim Ariffin

Cikgu Taharim Ariffin ialah seorang ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Utan Aji mewakili PAS selepas menang dalam pilihan raya negeri Perlis 1964. Taharim menjadi wakil pertama PAS di Dewan Undangan Negeri Perlis[1] Pada pilihan raya negeri Perlis 1969, beliau sekali lagi bertanding di DUN Utan Aji, namun tewas. Beliau meninggal dunia pada 1970 akibat dibunuh[2].